Addvert nuffnang

Sunday, June 8, 2008

Beyond P.Ramlee

Beyond P. Ramlee.

Bintang lagenda seperti Allahyarham P. Ramlee adalah amat dikagumi oleh setiap masyarakat di dunia terutamanya di Malaysia. Menjalani kehidupan sebagai seorang anak seni dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengarahan adalah amat mencabar disamping menemui kepuasan.

Seperti anak seni yang bernama Aznil Hj. Nawawi dimasa kini boleh juga dilabelkan “beyond P. Ramlee” yang juga punyai bakat dalam bidang seni. Karier utama yang dapat ditonjolkan oleh beliau adalah dalam bidang pengacaraan selain dari persembahan nyanyian dan lakonan. Seperti P. Ramlee, beliau juga dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur tak kira anak kecil, tua dan muda. Beliau mula diperlihatkan dalam rancangan Pop kuiz pada tahun 1994 yang mana pernah mendapat rating rancangan tertinggi selain dari rancangan melodi. Kini beliau dapat meningkatkan bakatnya dalam mengacara konsert mingguan akademi fantasia dimana beliau dapat mengawal keadaan sekeliling dan emosi para penonton. Tidak lupa juga rancangan “talk show” macam-macam Aznil yang menyatukan pelbagai lapisan umur dan bangsa. Rancangan seperti “Tom-Tom Bak” juga diperkatakan beliau dapat menarik perhatian kanak-kanak dalam pengajaran dan pendidikan supaya dapat berfikir dan berkomunikasi dengan lebih cekap dan kretif.

Menyentuh dalam bidang pengarahan filem, beliau pernah menjadi pengarah bersama didalam filem AKU NO.1 bersama Azwan Hj. Ali, rakan seperjuangan beliau Dalam bidang lakonan pula, beliau dapat membawa watak yang diberikan dengan berkesan sesuai dengan karaktor diri beliau yang begitu mencuit hati. Beliau dapat membuat penonton rasa terhibur dengan gelak tawa selain adengan yang menyayat hati dan sedih. Antara lakonan beliau adalah dalam filem Cicak Man dan Pontianak Harum Sundal Malam II serta beberapa judul drama arahan dan terbitan pihak ASTRO. Lakonan beliau yang bersahaja dan spontan itulah yang dicari-cari oleh segenap pengarah-pengarah drama dan filem di negara ini. Berbekalkan bakat yang sediada dan masih meneruskan perjuangan dalam bidang seni dengan pengalaman suka dan duka yang diharungi, tidak mustahil suatu masa nanti beliau juga akan dijadikan lagenda teragung bagi generasi yang akan datang.
Melihat persembahan beliau dalam bidang nyanyian, memang tidak dapat dinafikan lagi beliau dapat menyanyikan sesebuah lagu itu dengan begitu baik sekali malahan beliau juga ada mempunyai lagu beliau sendiri.

Dalam menjalani hidup sebagai seorang penghibur, pelbagai rintangan onak dan duri yang telah beliau tempuhi. Jatuh bangun beliau dalam industri seni bukanlah satu penghalang untuk beliau meneruskan dan mempelbagaikan bakat-bakat seni tanahair. Beliau pernah dikaitkan oleh pihak media dengan isu-isu kotor seperti lelaki lembut, homoseksual dan persengketaan diantara sesame rakan artis. Namun ini dijadikan sebagai batu loncatan untuk beliau terus maju kehadapan dan melihatnya sebagai pemangkin dalam kerjayanya.

Aznil Hj. Nawawi patut dijadikan contoh dan ikutan oleh anak-anak seni baru yang mahu menceburi dalam bidang seni negara kita ini. Beliau juga boleh dijadikan idola dan patut disanjung tinggi oleh masyarakat sekeliling seperti mana kemashuran yang diberikan kepada biduan lagenda negara, Allahyarham P. Ramlee.

zack, 2008

note: Ini adalah semata-mata essay contest . it could be in english atau malay and must NOT less than 300 words..

p/s: Segala pengarangan adalah hak cipta tersendiri.

Gratitude to:
1) Izal yg "Banyak membantu" walaupun menyakitkan hati..hehe.. a'a'...a ape Zal!!
2)Rikke tuan rumah yg memberi perkhidmatan karaok semasa mengarang essay ini

Thanks!!

4 comments:

izal said...

kahkahkah...ko tanye aku waktu aku tgh nak karoke kan....tu yg a'a byk tuh..AWAS!!! ko pasti menang rm50 tuh!!!!

ukanera arenaku said...

wah! motif siarkan kat sini gak? hehehe.

Hafez Zahruddin said...

Wah, sentap aku baca kau nyer esei. Ni yang rasa macam nak kalah je ni. Gerun.
Sori sebab aku ter'excited' letak komen kat blog kau. Maaf.
Anyway, kalau free, lawat la web cupcake aku ye. Informasinya ada kat blog aku itu.

Tata titi tutu

ZaCk said...

hheheh..anyway thanks Zal..
Ron..takleh ke?aku tgk apis post kan essay die..jadik aku pun post gak lah..
Hafez, its ok..heheh..lagi aritu aku mintak azril quotation kapkek ko tu tau.. hehe..

nuffnang